Tuesday, March 23, 2010

CATATAN TENTANG PARANG


CATATAN TENTANG PARANG


kata orang, belakang parang kalau diasah akan tajam juga entahlah , koi tak berapa pasti sangat, setau koi kalau mata parang pun tak betul cara ngasohnya takmboh tajam weh, jangan bebagai. keje ngasoh ni bukan main belasah je. kena ada cara yang betul, barulah mata parang jadi sekata, sama makan dan tajam nya lama.

untuk mengelakkan mataparang dari menjadi karat sapukan sikit minyak masak yang belum digunakan pada mata parang berkenaan. sapu dan lap baru disimpan dalam sarungnya.

misalan kata, selepas menyiang daging, sapu dan bersihkan dulu lemak lemak yang melekat di mata parang sebelum membersihkan nya, asah semula dan sapu minyak masak. insyaallah ia kan tajam dan tidak berkarat.

kata orang juga, hina besi kerana karat, entahlah koi juga tak berapa pasti sebab pada koi, jagailah setiap apa yang kita miliki dengan elok.

akhirul kalam..

Thursday, March 4, 2010

KERJA KERJA MENYEPUH











pembuatan parang , akan melalui proses menyepuh, iaitu membakar mata parang yg telah siap dihalusi tadi dengan suhu tertentu, guna untuk ketahanan mata parang dan ketajamannya.
membakar mata parang hanya pada tahap tertentu, bahagiantertentu, merendamnya dalam air dan menyejukkan nya, dengan cara tertentu juga. hasilnya sebilah mata parang yang tahan. ia akan melalui proses mengasah, supaya ia tajam dan cantik..

Saturday, February 6, 2010

KERJA KERJA MEMBUAT PARANG











bermula dengan membakar besi sehingga merah
mengetuknya menjadi leper dan berbentuk kasar
kemudian dibuatkan puting
kemudian dibentuk secara kasar mengikut bentuk yg dikehendakki pelangggan yg menempah
selepas itu bentuk kasar tadi akan dihalusi
dengan mesin pencanai@grinder

Wednesday, February 3, 2010

DAPUR BESI




GAMBAR ANDAS YG DIGUNAKAN UNTUK ALAS MENGETUK BESI..


kegunaan dapur besi adalah untuk membakar kepingan besi sehingga kemerahan, kemudian dititik ditempa di atas andas menggunakan tukul besi, membentuknya menjadi leper.

Monday, January 18, 2010

pemilihan besi







Bagi tujuan membuat parang beberapa jenis besi boleh digunakan antaranya
besi bearing, papan chain saw, paku rel keretapi dan seumpamanya, tetapi
kekuatan besi bergantung kepada beberapa faktor sampingan.

parang dan sarung







beberapa contoh parang dan sarung yang telah disiapkan melihatkan keindahan
seni pertukangan melayu.

Friday, January 1, 2010

pengenalan


Umum nya dalam masyarakat melayu, kegunaan parang dan pisau sebagai satu keperluan ketika membuat kerja kerja di kampung. Catatan kecil berikutnya khusus kepada koleksi parang
dan cara cara pembuatan dan seni pertukangan besi melayu.